READ - FOLLOW - COMMENTS =)

Monday, May 23, 2011

Fakta pelik di Malaysia !!!


Pasti ramai diantara korg semua yg x tahu tentang fakta pelik yg berlaku kt negara anda sendri kn. So entry kali ni, ak nk share ngan korg pasal fakta pelik yg aku jumpe ni.
Ambillah kenyataan tersebut dibawah dengan hati terbuka dan renungilah sejenak sambil kita mencari jawapannya bersama. Pada yang berkenaan, janganlah ambil personal, cuma sebagai
iktibar dan teguran yang membina..


1. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.


2. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.


3. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.


4. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.


5. Harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.


6. Kalau kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!


7. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi


8. Skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat


9. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.


10. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata - mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.


11. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan


12. Bilamana kita boleh tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.


13. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena !!.


14. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.


15. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.


16. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.


17. Pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.


18. Orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam "chatroom".


19. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.


20. Pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali !!.


21. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapak berikan supaya lebih glamour.


22. Bilamana berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.


23. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak !!.


24. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama


25. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).


26. Bilamana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.


6 comments:

! syifa lovera said...

memang pelik , tapi itulah kenyataannya. hehe :))

faidah misnan said...

encik panda . .
info bagus . .
pelik2 itu jugak kita lakukan kekadang . .
hmmm

Panda HEAD Curry said...

Rmai yg x terpikir bnda ni suma kn

shinoda said...

fact no.17 tu btol ke?pos laju tipu cakap dalam masa sehari j dah sampai...

rara said...

singgah

Panda HEAD Curry said...

Korang fikir2 kan lah yea

Post a Comment