READ - FOLLOW - COMMENTS =)

Tuesday, November 29, 2011

Petua Mencari Lelaki Yang Baik...


Hari ni aku (PHC) mau kasi tips-tips nk cari lelaki yang baik (lelaki Idaman la kot haha). This tips is for the woman ok!!, i repeat for the WOMAN...tapi yg gay pon bole guna tips ni (Hak korg an). Setiap wanita inginkan lelaki yang terbaik untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. (kot2 PHC ade x ciri-ciri lelaki idaman korang.??? wakaka). Have fun reading =)


1. Yang berkemampuan. 
Berkemampuan menjaga dan menyara hidup keluarga.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri, apabila bercakap dikota dan diamalkan. 
Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami-suami ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. 
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. 
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.


7. Mudah memaafkan. 
Sanggup membuang ego semata - mata untuk memaafkan wanita.


8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. 
Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.


Diharapkan dengan petua ini dapatlah anda gunakan dalam mencari lelaki yang baik untuk dijadikan sebagai pasangan dan yang akan membimbing anda ke pintu gerbang kebahagiaan yang kekal selamanya. InsyaAllah...

Friday, November 11, 2011

Sebab Suami Benci Isteri


Morning bloggers...=) 

Pergh!! da lama aku tinggal blog aku ni. Sampai da bersawang. So, today nk kemas2 nk bersih2 kan sikit laman blog aku ni... Aku sbnrnya xtaw ape nk update... So, aritu aku merayap2 baca blog terjumpa post ni... Aku pon ambik la coz aku rasa people should know this thing =) Selamat membaca =)

Ini dia sebab2 suami or lelaki benci kan isteri or perempuan
so if you are a woman do take note =)


C1. CABAR 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata... 

C2. CABUL 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua... 


C3. CELUPAR 
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 

C4. COMOT 
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. 


C5. CEMBURU 
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2... 

C6. CEREWET 
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. 

C7. CINCAI 
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.... 

ps ;Ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....

Tuesday, June 21, 2011

Kenangan Sekolah Rendah !!

 Kepada budak - budak yg lahir pada tahun 70an ,80an ,90 an msti korang ingat kenangan2 mse korang berada di skolah rendah kan...

- Kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.
(salesman susu pon camtu gak.)

- Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je.
bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....(-__-")

- Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- Main lwn pemadam, bg dak laki permainan biasa, kdang2 gurl pon main skali. syg nak guna pemadam utk padam. padahal itu fungsi sbnr, untuk Padam!



- Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm
ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. 
Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- Balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak.
(Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.)

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat TV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; Power Rangers, Ultraman, Transformers, Ninja Turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. dan yg pling utama DragonBall (Dari Goku kecik Smpai Tua)

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 xsmpt lyn bende2 ni...asyik ngadap TV , Playstation, computer..
Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.
huhu ~~

Ni la baru zaman kita kawan2 !!

pas r kt member2 korang....
mesti diorg tersengeh2 bace mende nih.